Saturday, August 25, 2012

Kata kunci kejayaan

Kata kunci penentu jawapan 

Tingkatan 1 (Tema 1 - 3)

Tema 1: Bentuk Muka Bumi dan Potensinya

Dataran - kawasan tanah pamah yang luas dan rata atau beralun
Lembangan - kawasan luas yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangannya
Pinggir laut - tepi pantai
Tanah pamah - kawasan tanah tingginya kurang 180 meter dan rata
Tanah tinggi - kawasan yang lebih 180 meter dari aras laut
Kelodak - lumpur atau tanah halus yang dimendakkan di dalam sungai, tasik, dan pinggir pantai
Akuatik - tumbuh-tumbuhan atau hidupan yang hidup dalam atau di atas air
Pengairan - penggunaan air melalui kaedah-kaedah ciptaan, biasanya dalam aktiviti pertanian
Domestik - setempat
Aluvium - bahan mendapan terdapat di hilir aliran sungai dan meliputi kawasan delta
Lava bes - lava cair yang mengalir agak jauh dari lohong gunung berapi sebelum memejal
Tanaman tutup bumi - tanaman kecil seperti pokok kekacang yang ditanam untuk mencegah hakisan tanih
Tanih tandus - tanih yang tidak dapat ditumbuhi apa-apa tanaman atau tumbuhan
Landskap - pemandangan alam sesuatu kawasan

Tema 2: Cuasa dan Iklim serta Pengaruhnya

Putaran bumi - pergerakan bumi dari barat ke timur pada paksinya
Peredaran bumi - pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya
Hemisfera utara- meliputi kawasan dari Khatulistiwa ke Kutub Utara
Hemisfera selatan - meliputi kawasan dari Khatulistiwa ke Kutub Selatan
Julat suhu - beza antara nilai suhu maksimum dengan minimum
Min suhu tahunan - purata 12 nilai min suhu bulanan dalam setahun
Hujan bukit (relief) - terdapat di cerun bukit atau gunung yang menghadap arah angin lembap
Hujan perolakan - terjadi di kawasan tropika yang menerima sinaran matahari yang panas dan terik. hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir
Kerpasan - semua bentuk lembapan yang turun ke bumi seperti hujan, salji, dan hujan air batu
Atmosfera - lapisan udara yang mengelilingi bumi

Tema 3: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Hutan hujan tropika (hutan khatulistiwa) - hutan yang malar hijau, rapat, tebal dan tumbuh di kawasan panas dan lembap. Hutan ini mempunyai pelbagai jenis pokok kayu keras seperti meranti, cengal, meranti, keruing, merbau, balau dan seraya
Kanopi - lapisan hutan hujan tropika: emergen (renjung), kanopi, lapisan tengah dan lapisan bawah (lantai hutan)
Malar hijau - tumbuh-tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun
Epifit - tumbuh-tumbuhan (seperti paku tanduk rusa) yang tumbuh di batang, ranting atau daun pokok yang masih hidup. Tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar untuk sokongan dan mendapat cahaya suria
Parasit - tumbuh-tumbuhan yang hidup pada pokok lain dan mendapat air dan nutrien daripadanya
Gurun panas - kawasan bumi tandus yang panas melampau dan menerima hujan tahunan kurang 250 mm. Contoh: Sahara dan Kalahari (benua Afrika), Atacama (Amerika Selatan), Mohave (Amerika Utara), Thar (benua India), Arab dan Iran (Timur Tengah), Gurun Besar Australia.
Habitat - tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi
Hutan simpan - hutan asal yang dikekalkan keadaan semula jadinya.
Kawasan tadahan - kawasan tanah tinggi yang menjadi punca sungai kerana menerima hujan lebat
Penghutanan semula - menanam semula pokok-pokok di kawasan hutan yang telah ditebang
Pemeliharaan - aktiviti menjaga sesuatu dengan baik
Pemuliharaan - aktiviti memulih dan menjaga sesuatu kawasan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik
Hutan lipur - hutan simpan yang dibuka untuk aktiviti riadah dan perkelahan
Silvikultur - pokok yang dikenal pasti diberi perhatian seperti rawatan supaya membesar dengan cepat




Wednesday, August 22, 2012

Musim Percubaan PMR 2012

Geografi PMR 2012 (Kod Kertas 23/1)

Tarikh: 10 Oktober 2012 (Rabu)

Masa: 2.30 - 3.45 petang


Peringatan: Calon yang mengambil kertas soalan Geografi  Kertas 23/1 hendaklah membawa peralatan geometri dan seutas benang.

Cari jalan. 
Perah otak. 
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersengkang mata dahulu, bersenang-senang kemudian.

Latihan untuk dijawab!!!

1) Percubaan Geografi SBP 2011 (http://www.mediafire.com/?usr48jbyb3opo4y)

2) Percubaan Geografi MRSM 2011 (http://www.mediafire.com/?iy787lpoow27tll)

3) Percubaan Geografi WPKL 2011 (http://www.mediafire.com/?zd62rn75pe67aq4)

Bagus. Cuba jawab soalan berikut:

1) Percubaan Geografi Perak 2012 (http://viewnow.myschoolchildren.com/?p=468)

2) Percubaan Geografi Terengganu 2012 (http://www.mediafire.com/?63a50h3tizw6nwr)

3) Percubaan Geografi SBP 2012 (http://www.scribd.com/doc/106136648/geografi-pmr-sbp-2012)

4) Percubaan Geografi MRSM 2012 (http://www.scribd.com/doc/106136935/MRSM-Trial-Pmr-2012-Geografi)

Akhir kata,