Tuesday, March 26, 2013

Kerja Kursus Geografi PMR 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013

**Tarikh hantar: 18 April 2013

Semua pelajar 3 Dahlia, 3 Jasmin & 3 Kemboja pastinya sudah mengumpul data dan maklumat tugasan dengan menggunakan borang soal selidik, temu bual dan juga membuat pemerhatian di kawasan kajian.

Jangan lupa mengambil foto di kawasan kajian.

Dengan data dan maklumat yang terkumpul, masing-masing diharap sudah bersedia untuk menulis laporan kajian kerja kursus. Rujuk panduan penskoran tugasan untuk menulis laporan kerja kursus.

Tajuk

Senarai kandungan

Penghargaan
-menyatakan dan menghuraikan 4 pihak yang dihargai

Pendahuluan
- menamakan tajuk kajian
- menghuraikan sebab-sebab anda memilih kawasan kajian (mesti berkaitan dengan tajuk tugasan)
- tempoh masa kajian dijalankan (18 Feb hingga 18 April)

Objektif kajian
- 6 objektif kajian (mula dengan kata kerja; fokus kepada kawasan kajian)

Kawasan kajian
- menamakan kawasan kajian
- menghuraikan latar belakang atau sejarah kawasan kajian, lokasi kawasan kajian, pandang darat kawasan kajian dan jarak dari MBPJ/ 1 Utama/ Kuala Lumpur
- peta daerah Petaling Jaya (peta mesti ada tajuk, bingkai, arah mata angin serta tanda dan nama kawasan kajian)
- lukis peta kawasan kajian (tajuk peta, bingkai, petunjuk dan arah mata angin, simbol piawai)

Kaedah kajian
- menghuraikan kaedah kajian (rujukan, pemerhatian, soal selidik dan temu bual)

Dapatan kajian
- konsep pengangkutan awam (beri definisi konsep yang lengkap dan contoh yang relevan)
- jenis pengangkutan awam di kawasan kajian (menyata dan menghuraikan 3 jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian sahaja)
- kepentingan perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian (menyata dan menghuraikan 4 kepentingan pengangkutan awam dan menerapkan nilai murni atau unsur patriotisme dalam mana-mana huraian kepentingan)
- masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian (menyata dan menghuraikan 5 masalah dan menerapkan nilai murni atau unsur patriotisme dalam mana-mana huraian masalah)
- cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian (menghuraikan 4 cadangan dan menerapkan nilai murni atau unsur patriotisme dalam mana-mana huraian cadangan mengurangkan masalah)
- bahan grafik (jadual, graf/carta pai, peta minda/rajah aliran)

Rumusan
- rumusan keseluruhan (mesti dapat memberi jawapan kepada objektif kajian anda)
- penerapan nilai murni atau unsur patriotisme

Lampiran
- surat pengenalan diri
- surat kebenaran menjalankan kajian
- surat makluman ibu bapa
- surat kebenaran ibu bapa
- borang soal selidik
- soalan temu bual
- foto
- keratan akhbar, majalah

Senarai Rujukan
- buku teks
- kamus
- internet
- orang sumber (20 orang responden dan 3 orang yang ditemubual)
- lain-lain sumber rujukan