Monday, February 4, 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR 2013)

KERJA KURSUS

GEOGRAFI (KOD KERTAS: 23/2)

Tajuk Tugasan 1: Pengangkutan Awam

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:

a) konsep pengangkutan awam

b) jenis-jenis pengangkutan awam

c) kepentingan perkembangan pengangkutan awam

d) masalah perkembangan pengangkutan awam

e) cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam

f) penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Tajuk Tugasan 2: Kegiatan Penternakan

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kegiatan penternakan di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:

a) konsep dan jenis kegiatan penternakan

b) kepentingan kegiatan penternakan

c) faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan

d) kesan negatif kegiatan penternakan

e) cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan

f) penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


Calon PMR 2013 boleh membuat pilihan sama ada menjawab TUGASAN 1 atau TUGASAN 2.

Panduan penskoran tugasan boleh di muat turun di (SINI)




Sunday, October 14, 2012

Geografi PMR 2012

KERTAS GEOGRAFI 23/1Penilaian Menengah Rendah (10 Oktober 2012)

A. Peta Topo
1. lokasi dan bearing
2. pola petempatan / arah
3. kepentingan tumbuhan semula jadi / arah
4. ciri fizikal / lokasi / petak grid
5. luas kawasan
6. potensi tumbuhan semula jadi / lokasi / petak grid

B. Tingkatan 1
(Tema 1)

7. ciri gunung lipat
8. bentuk muka bumi kesan hakisan ombak
9. bentuk muka bumi peringkat hulu sungai
10. mengapa Bangkok diberi nama jolokan Venice Timur
11. kepentingan tasik semula jadi (Malaysia/Kemboja)
12. banjaran / kemudahan pelancongan (kereta kabel)

(Tema 2)
13. peredaran bumi / fenomena ekuinoks
14. kesan peredaran bumi
15. lokasi kawasan lindungan hujan / peta Malaysia
16. ciri cuaca dan iklim / peta Malaysia
17. kegiatan ekonomi penduduk / zon Siberia / peta dunia
18. mengapa berlaku hujan asid

(Tema 3)
19. ciri hutan hujan tropika
20. faktor perbezaan taburan tumbuhan semula jadi / peta Malaysia
21. kepentingan tumbuhan semula jadi kawasan tanah tinggi
22. faktor pengaruh tumbuhan semula jadi (lumut, oak, konifer)
23. tumbuhan semula jadi / tanih
24. faktor suhu tinggi dan sekata di Malaysia

C. Tingkatan 2

(Tema 4)
25. kesan kependudukan negara penduduk berlebihan
26. ciri tumbuhan semula jadi hutan monsun tropika / lokasi / peta dunia
27. ciri kependudukan negara kurang penduduk
28. faktor pengaruh kepadatan penduduk / peta Semenanjung Malaysia
29. faktor perubahan kadar kelahiran kasar
30. konsep penduduk optimum
31. kesan kependudukan /Ethiopia & Bangladesh
32. lokasi petempatan / penduduk padat / Malaysia
33. kesan negara alami kurang penduduk

(Tema 5)
34. fungsi Putrajaya
35. kawasan pertanian / pola petempatan
36. faktor pengaruh perkembangan petempatan / peta Malaysia
37. langkah atasi banjir kilat di bandar besar Malaysia
38. langkah atasi masalah setinggan di KL
39. petempatan awal / persamaan lokasi / peta dunia

(Tema 6)
40. kepentingan alat beduk & ketuk-ketuk
41. tujuan pembinaan landasan kereta api zaman penjajahan British di TM
42. langkah kurang kesesakan lalu lintas di KL
43. lokasi pelabuhan kontena / peta Malaysia
44. kesan pengangkutan air terhadap alam sekitar
45. bandar persimpangan kereta api Semenanjung Malaysia

D. Tingkatan 3

(Tema 7)
46. lokasi perlombongan mineral di Malaysia
47. kelebihan penggunaan tenaga alternatif (kelapa sawit) di Malaysia
48. kesan pertanian giat terhadap sumber tanih
49. bahan mentah untuk menghasilkan piuter
50. kesan penerokaan sumber air / kuasa hidro

(Tema 8)
51. faktor pengaruh kegiatan ekopelancongan di Malaysia
52. lokasi / kegiatan ekonomi di Malaysia
53. faktor potensi tenaga solar di Malaysia
54. jenis pelancongan / lokasi di Malaysia
55. industri / lokasi di Malaysia
56. kawasan industri berasaskan sumber mineral / lokasi / peta Malaysia
57. nama kawasan / jenis tanaman
58. faktor kawasan hijau diwujudkan di kawasan bandar
59. lokasi tanah pamah beralun / peta Malaysia
60. kepentingan segi 3 pertumbuhan IMT-GT kepada Malaysia

Saturday, August 25, 2012

Kata kunci kejayaan

Kata kunci penentu jawapan 

Tingkatan 1 (Tema 1 - 3)

Tema 1: Bentuk Muka Bumi dan Potensinya

Dataran - kawasan tanah pamah yang luas dan rata atau beralun
Lembangan - kawasan luas yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangannya
Pinggir laut - tepi pantai
Tanah pamah - kawasan tanah tingginya kurang 180 meter dan rata
Tanah tinggi - kawasan yang lebih 180 meter dari aras laut
Kelodak - lumpur atau tanah halus yang dimendakkan di dalam sungai, tasik, dan pinggir pantai
Akuatik - tumbuh-tumbuhan atau hidupan yang hidup dalam atau di atas air
Pengairan - penggunaan air melalui kaedah-kaedah ciptaan, biasanya dalam aktiviti pertanian
Domestik - setempat
Aluvium - bahan mendapan terdapat di hilir aliran sungai dan meliputi kawasan delta
Lava bes - lava cair yang mengalir agak jauh dari lohong gunung berapi sebelum memejal
Tanaman tutup bumi - tanaman kecil seperti pokok kekacang yang ditanam untuk mencegah hakisan tanih
Tanih tandus - tanih yang tidak dapat ditumbuhi apa-apa tanaman atau tumbuhan
Landskap - pemandangan alam sesuatu kawasan

Tema 2: Cuasa dan Iklim serta Pengaruhnya

Putaran bumi - pergerakan bumi dari barat ke timur pada paksinya
Peredaran bumi - pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya
Hemisfera utara- meliputi kawasan dari Khatulistiwa ke Kutub Utara
Hemisfera selatan - meliputi kawasan dari Khatulistiwa ke Kutub Selatan
Julat suhu - beza antara nilai suhu maksimum dengan minimum
Min suhu tahunan - purata 12 nilai min suhu bulanan dalam setahun
Hujan bukit (relief) - terdapat di cerun bukit atau gunung yang menghadap arah angin lembap
Hujan perolakan - terjadi di kawasan tropika yang menerima sinaran matahari yang panas dan terik. hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir
Kerpasan - semua bentuk lembapan yang turun ke bumi seperti hujan, salji, dan hujan air batu
Atmosfera - lapisan udara yang mengelilingi bumi

Tema 3: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Hutan hujan tropika (hutan khatulistiwa) - hutan yang malar hijau, rapat, tebal dan tumbuh di kawasan panas dan lembap. Hutan ini mempunyai pelbagai jenis pokok kayu keras seperti meranti, cengal, meranti, keruing, merbau, balau dan seraya
Kanopi - lapisan hutan hujan tropika: emergen (renjung), kanopi, lapisan tengah dan lapisan bawah (lantai hutan)
Malar hijau - tumbuh-tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun
Epifit - tumbuh-tumbuhan (seperti paku tanduk rusa) yang tumbuh di batang, ranting atau daun pokok yang masih hidup. Tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar untuk sokongan dan mendapat cahaya suria
Parasit - tumbuh-tumbuhan yang hidup pada pokok lain dan mendapat air dan nutrien daripadanya
Gurun panas - kawasan bumi tandus yang panas melampau dan menerima hujan tahunan kurang 250 mm. Contoh: Sahara dan Kalahari (benua Afrika), Atacama (Amerika Selatan), Mohave (Amerika Utara), Thar (benua India), Arab dan Iran (Timur Tengah), Gurun Besar Australia.
Habitat - tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi
Hutan simpan - hutan asal yang dikekalkan keadaan semula jadinya.
Kawasan tadahan - kawasan tanah tinggi yang menjadi punca sungai kerana menerima hujan lebat
Penghutanan semula - menanam semula pokok-pokok di kawasan hutan yang telah ditebang
Pemeliharaan - aktiviti menjaga sesuatu dengan baik
Pemuliharaan - aktiviti memulih dan menjaga sesuatu kawasan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik
Hutan lipur - hutan simpan yang dibuka untuk aktiviti riadah dan perkelahan
Silvikultur - pokok yang dikenal pasti diberi perhatian seperti rawatan supaya membesar dengan cepat




Wednesday, August 22, 2012

Musim Percubaan PMR 2012

Geografi PMR 2012 (Kod Kertas 23/1)

Tarikh: 10 Oktober 2012 (Rabu)

Masa: 2.30 - 3.45 petang


Peringatan: Calon yang mengambil kertas soalan Geografi  Kertas 23/1 hendaklah membawa peralatan geometri dan seutas benang.

Cari jalan. 
Perah otak. 
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersengkang mata dahulu, bersenang-senang kemudian.

Latihan untuk dijawab!!!

1) Percubaan Geografi SBP 2011 (http://www.mediafire.com/?usr48jbyb3opo4y)

2) Percubaan Geografi MRSM 2011 (http://www.mediafire.com/?iy787lpoow27tll)

3) Percubaan Geografi WPKL 2011 (http://www.mediafire.com/?zd62rn75pe67aq4)

Bagus. Cuba jawab soalan berikut:

1) Percubaan Geografi Perak 2012 (http://viewnow.myschoolchildren.com/?p=468)

2) Percubaan Geografi Terengganu 2012 (http://www.mediafire.com/?63a50h3tizw6nwr)

3) Percubaan Geografi SBP 2012 (http://www.scribd.com/doc/106136648/geografi-pmr-sbp-2012)

4) Percubaan Geografi MRSM 2012 (http://www.scribd.com/doc/106136935/MRSM-Trial-Pmr-2012-Geografi)

Akhir kata,