Monday, May 28, 2012

Tema 8 (Bab 14 Tingkatan 3)

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


Kegiatan ekonomi yang tidak terkawal menimbulkan kesan sampingan terhadap alam sekitar.

A) Kepupusan Sumber

1) Penebangan hutan untuk pembalakan, pertanian dan petempatan akan menyebabkan flora (tumbuhan) dan fauna (hidupan liar) dalam hutan pupus kerana habitat mereka telah terganggu.

2) Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia (urea) dalam kegiatan pertanian akan menyebabkan kepupusan sumber tanih.

3) Habitat hidupan akuatik akan musnah dengan pembuangan sisa toksik dari sektor perindustrian.

4) Kegiatan perlombongan menyebabkan kepupusan sumber mineral logam dan bukan logam.

5) Tumpahan minyak di laut boleh mengancam hidupan akuatik seperti ikan, ketam, udang, penyu dan dugong.

6) Penggunaan pukat harimau dan pukat tunda boleh menyebabkan kepupusan spesies ikan.

B) Pencemaran

1) Kegiatan perindustrian, pertanian, perlombongan, pengangkutan dan pelancongan boleh mencemarkan udara dan air.

2) Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan gas beracun ke udara, pembakaran bahan api kilang, semburan racun serangga, ekzos kenderaan dan aktiviti kuari.

3) Pencemaran air berpunca daripada pembuangan sisa pepejal dan cecair ke dalam saliran.

C) Perubahan Landskap

1) Penebangan hutan untuk pertanian, perindustrian, dan pelancongan telah mengubah kawasan hutan menjadi kawasan tanaman, kilang dan petempatan.

2) Pembinaan kemudahan infrastruktur menghasilkan pandang darat baharu.

3) Tasik, timbunan pasir dan batu terhasil kesan aktiviti perlombongan bijih timah.

4) Bangunan, loji, paip dan serombong terhasil kesan kegiatan perlombongan petroleum dan gas asli.

D) Fenomena Kesan Rumah Hijau



1)  Pelepasan gas-gas rumah hijau seperti CO, CO2, dan NO berupaya meningkatkan purata suhu global.

2) Suhu purata bumi dianggar meningkat 1 - 3 darjah C dalam tempoh seabad lagi.

E) Penipisan Lapisan Ozon



1) Lapisan ozon yang berada pada aras kira-kira 20 km daripada permukaan bumi berfungsi menyerap dan membalikkan semula sinaran ultra ungu ke angkasa.

2) Pembebasan gas seperti CFC dan hidrogem oksida menjadikan lapisan ozon semakin nipis.

3) Gas CFC dibebaskan oleh sektor perindustrian yang membuat alat penyaman udara, peti sejuk, ujian nuklear, dan bahan aerosol.

F) Pulau Haba



1) Peningkatan suhu di bandar disebabkan kegiatan perindustrian, pengangkutan, dan pembinaan bangunan konkrit.

2) Bangunan konkrit dan dirian yang rapat menyerap haba pada waktu siang dan membebaskan haba itu pada waktu malam.

G) Hujan Asid

 



1) Hujan asid meninggalkan kesan sampingan terhadap tumbuhan, hidupan airdan bangunan.

Kesimpulan

Rancang dan urus kawasan persekitaran kita ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih baik





2 comments: