Wednesday, May 30, 2012

Tema 8

Bab 15: Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi terhadap Alam Sekitar

1) Kita perlu memastikan kegiatan ekonomi tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap alam sekitar.

2) Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di negara kita adalah:

- penghutanan semula (aktiviti menanam semula kawasan hutan yang ditebang dengan anak-anak pokok berharga seperti jati, sentang, cengal, akasia dan yemane)

- kitar semula (aktiviti memproses barang-barang terbuang  seperti barangan kaca, aluminium, kertas dan plastik untuk dijadikan barang-barang baru yang berguna)

- pendidikan alam sekitar (untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar)

- kempen (aktiviti mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai, mempelajari dan mengamalkan amalan yang baik. Kempen dijalankan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, PERHILITAN, Jabatan Pertanian dan pihak berkuasa tempatan. Badan Bukan Kerajaan yang aktif pula ialah Sahabat alam Malaysia, Malaysian Nature Society, ENSEARCH, FOMCA dan sebagainya)

- penguatkuasaan undang-undang (Contoh: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Taman Negara 1980, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976, Akta Perhutanan Negara 1984)

- penyelidikan dan pembangunan (agensi kerajaan yang terlibat seperti MARDI, FRIM, SIRIM, MPOB dan MTDC)

- penggunaan tenaga mesra alam (contoh: penggunaan petroleum tanpa plumbun, penggunaan tenaga alternatif biojisim, solar dan hidro)

3) Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif kegiatan ekonomi di negara luar adalah:

a) kitar semula

- Jerman (Ordinan Pembungkusan, Green Dot)





- Denmark (Waste 21, Cukai Sisa, Cukai Hijau, Pengembalian Deposit, Subsidi Sisa)

- Taiwan (Garis Panduan Kitar Semula, Akta Pelupusan Sisa, 4-Dalam-1)



                Logo Kitar Semula di Taiwan



                              Lori Sampah di Taiwan

b) rawat semula air

- Jepun (Reclaimed Water Use Project untuk siraman, rawat semula air sisa kilang industri)

- Singapura (NEWater)





- China (loji rawatan air sisa di kilang industri)

No comments:

Post a Comment