Friday, February 22, 2013

Kerja Kursus Geografi 2013

Tugasan 1: Pengangkutan Awam

Murid perlu mengumpul maklumat dan data tentang aspek dapatan kajian yang berikut:


  • konsep dan contoh-contoh pengangkutan awam 
  • jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian
  • kepentingan perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian
  • masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian
  • cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian
Setiap aspek dapatan kajian di atas hendaklah dikaitkan dengan kaedah kajian. Anda boleh mula mengumpul maklumat tentang aspek-aspek dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kajian yang dinyatakan dalam kurungan 

1. konsep dan contoh-contoh pengangkutan awam (rujukan buku teks Geografi Tingkatan 2 dan Tingkatan 5, internet, majalah dan akhbar)

2. jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian (pemerhatian / soal selidik)
    (jangan lupa ambil foto!)

3. kepentingan perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian (soal selidik / temu bual)

4. masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian (soal selidik / temu bual)

5. cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian 
    (soal selidik / temu bual)

Nota:
a) Temu bual (minimum 3 orang)
b) Soal selidik (minimum 20 orang)





No comments:

Post a Comment